Sunday, May 16, 2010

-tahniah farasha-

sampai office, aku di kejutkan dgn berita gembira oleh salah seorg kawan2 ku... byk yg call n bertanya... semua terkejut.... sorg lagi kawan aku telah melangkah ke hadapan..... happy sgt.... kisah cinta farasha mmg terlalu istimewa.... tu org tua-tua ckp, kalau dah jodoh tak kemana kan?
happy sgt.... julai ni dia akan bernikah dgn pilihan hati nya.... alhamdulillah.....

aku pula, tunggu la sedikit masa.... akan tiba.... kalau tuhan dah tulis aku kahwen esok pun, aku terima, semua telah tertulis.... semua telah di tentukan olehNYA.... kita sebagai umat yg kerdil harus menerima qada dan qadar.... sesungguhnya DIA telah memberi akal dan fikiran, rezeki yg halal, pasangan yang akan sehidup semati.... dan telah menjanjikan mati itu pasti akan dtg.... cuma kita sebagai umat di muka bumi harus bersyukur kepadaNYA, kerana di beri kesempatan untuk menikmati segala rahmatNYA..... alhamdulillah.....

pada pemikiran aku, dunia ini adalah sebuah pentas lakonan, dan kita sebagai umatnya adalah pelakon yg memainkan peranan yg penting di mana kita yg mencorakkan kehidupan kita dan peranan kita sebagai umatnya.... dan ianya di tonton olehNYA bagi menimbang kebaikan iaitu amal yg dibuat sepanjang lakonan yg kita tunjukkan (sepanjang kehidupan kita).... dan akan menimbang kejahilan, kejahatan yg telah kita lakukan. manusia tidak lepas melakukan kesalahan.... termasuk aku... ya allah ampun kan segala perbuatan aku sepanjang kehidupan aku.... ya, aku tahu bukan setakat sebutan.... kerana beribu manusia di muka bumi ini tak lari dari membuat kesalahan.... membunuh, merogol, mencuri, memfitnah, mengata, dengki, memakan harta anak yatim, rasuah dan bermacam2 lagi kesalahan yg kita dpt lihat makin menjadi..... tak kira lah besar atau kecil mana kesalahan yg kita buat kita harus lah meminta maaf kepadaNYA.... bukan hanya berkata2, tp berusaha mendapatkan keampunan dariNYA walaupun sebesar zarah sekalipun kesilapan yg di buat.... keampunan dgn mendekatkan diri kepadaNYA....

ye, manusia mmg adat mereka, jika merasa susah baru hendak mendekatkan diri kepadaNYA, termasuklah aku.... aku juga sering lupa, leka dan cuai dgn nikmat yg di berikanNYA.... Dan aku sedar ianya hanya sementara....

ape la yg aku membebelkan ni??? tp tu lah hakikat.... aku rasa mcm nk menulis je.... tu sebab aku tulis je ape yg terlintak di fikiran aku skrg ni.... hahaha..... sebab hari ni aku terasa kerdil.... sebab hari ini, dan hari semalam sama saja......

entahlah~~~~~~~

L.U.L.U.H

episod 1

Hujan turun begitu lebat membasahi bumi, seperti hancurnya hati fara. Semalam baru dia berjanji pada diri sendiri untuk lebih banyak bersabar, kerana dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya berubah dari seorang yg periang menjadi seorang yang panas baran, marah tak menentu... dia sendiri tidak tahu apakah yang sudah jadi kepada dirinya, dan mangsa marahnya adalah teman lelakinya. sesungguhnya tuhan yg lebih tahu bahawa dia tidak ada niat sikit pun hendak berkasar dengan teman lelakinya dan sudah pun menjadi tunangnya. fara keliru, kenapa dgn dirinya yg berubah menjadi seorg yg tidak seperti dulu.....

baru saja bergaduh dgn hariz semalam, hari ni terjadi lg perkara yg btl2 menguris hatinya, seperti di kelar pisau yang baru di asah... terbayang berada di rumah tunangnya itu.

"hariz, pinjam dvd buleh? bosan lah" tanya fara kepada hariz.
"boleh syg...tunggu" jawab hariz

fara hendak tumpang bilik air dan hariz meminta izin kwn serumah kerana fara hendak menggunakan bilik air di tingkat bawah. setelah itu fara duduk di sofa ruang tamu rumah hariz dan terlihat lukisan yg telah di fremkan....

"hariz, siapa yg lukis lukisan tu?" tanya fara
"hariz lah sape lg, gmbr tgh frust" jawab hariz spontan

fara tersentap bila hariz menjawab sedemikian.... hati nya mula berdetik bila perasan ada frem yg lain di belakang lukisan yang dia lihat. hati dia berkata, lukisan apakah di belakang itu, dia mula memikirkan sesuatu....

"hariz, buleh fara tgk lukisan yg lagi satu di belakang tu?" wajah hariz berubah
" ni lukisan tgh frust" jwb hariz menukar topik....
" fara nk tgk juga" jawab fara spontan
" jgn lah... "jawab hariz, tapi di bidas fara
" ada rahsia ke?" fara cuba meneka

hariz mengalihkan lukisan yang pertama, dan wajah fara serta merta berubah, tersentap, terkejut dan bermacam2 lagi yg bersarang di dalam fikirannya. fara terus meninggalkan hariz tanpa sebarang kata... hatinya hancur...

bermacam2 yg fara bayangkan, dia meluncurkan kereta yang di pandunya entah di mana.... fikiran bercelaru dan dirinya bagaikan melayang di awangan, fara terkejut kerana kereta yang dipandunya hampir2 kemalangan. dan dia memberhentikan keretanya di sebuah taman... hujan yg turun lebat tidak lagi dihiraukan, di buaian itu dia menangis sepuas hatinya...

" aku pernah suruh dia lukis potret utk aku, aku tidak mintak ape2 dari dia pada hari lahir aku, aku cuma nakkan hadiah sebuah potrait utk aku, tp sampai ke hari ini dia tidak pernah tunaikan permintaan ku.... mmg tidak di nafikan dia ada lukis lukisan aku tp semua nya bukan seperti yg aku inginkan, dia melukis aku melalui gmbr digital bukan dari nalurinya.... dia lukis gambar perempuan yg pernah disygi sepenuh hati, dengan tangannya sendiri secara manual... dan aku? siapakah aku di hati dia? mungkin sebahagian daripada kenangan lama, mungkin kerana hendak mengubat hati yg luka, mungkin kerana suka2, dan byk kemungkinan.... dan yang paling menyedihkan aku adalah TUNANG dia.... dan tiada apa2 keistimewaan yang ada pada aku pada matanya mungkin..... sedangkan gambar itu dia lukis selepas perempuan itu meninggalkan dia... selepas perempuan itu menyakiti hatinya, meninggalkan dia semasa dalam kesusahan, kesempitan menurut cerita hariz yg lepas. ya, mungkin dia akan melukis apabila aku sudah tiada di sisinya. pada masa itu aku dan dia sudah tidak bersama... dan paling menyedihkan lagi selepas beberapa bulan teman wanita hariz meninggalkannya, dia telah mengenali perempuan lain menurut ceritanya lagi, perempuan itu adalah salah seorg tempat dia membalas dendam..... jd, di manakah tempat aku pada dirinya??? aku hanya tempat dia melupakan kisah silamnya..." fara berkata di dalam hati nya di ikuti sedu sedan di dalam hujan dan tubuhnya sudah basah lencun.

" u ni buta ke ape?" kata hariz kepada fara

tersentap fara mendengar kata2 hariz... mmg aku buta, kalau ko nk aku buta, aku akan butakan mata aku untuk tidak memikirkan untuk hidup bersama kau! kalau aku buta, aku tak kan nampak lukisan kau yg kau lukis kerana naluri kau yg mengatakan kau syg perempuan itu! dan mula hari ini, aku akan buta kan hati aku, buta kan mata aku dan butakan segala2nya... kau ingat aku tak ada perasaan... tak mengapa, aku pun dh byk menyusahkan kau dan kali ni aku takkan menyusahkan kau, dan aku berjanji aku takkan ambil tahu lagi urusan kau. itu yg kau mahukan dari aku kan?

fara menangis lagi, dan melangkah dgn longlai menuju ke pintu kereta dan memandu laju meninggalkan taman itu... sampai di halaman rumah lama dia berada di dalam kereta... jiwanya KOSONG... dirinya bagai melayang entah ke mana, namum air matanya tidak putus2 mengalir walaupun sesaat mahupun sedetik.... hati nya hancur....

fara melangkah masuk ke biliknya dan terus membuka komputer ribanya, lama termenung dia seperti menulis sesuatu di dalam komputer ribanya dgn air mata yg makin lama makin laju mengalir tanpa henti.

fara membuka peti sejuk mini yg berada didalam biliknya dan mengeluarkan ubat batuk yg kini menjadi teman akrabnya ketika dia sedih.... fara meneguk separuh daripada botol ubat batuk itu dan terbaring di atas katilnya....

" baba, maaf kalau anak baba jd mcm ni, mesti baba kecewa kan baba" perlahan fara berkata seperti berbisik....

" hariz kau tak tahu betapa aku syg kau, aku terlalu sygkan kau, sehingga kau tak nampak pengorbanan aku, aku telah yakinkan kepada seluruh keluarga ku yg engkau adalah pilihan yg tepat untuk aku... dan aku tahu kekurangan aku seperti kau katakan semalam, aku sedar siapa diri aku, diri aku hanya sekadar tempat kau mengubati luka lama kau... tempat kau hilangkan rasa sedih kau kerana perempuan yg telah melukakan hati kau! dan aku, aku tak pernah terfikir untuk mengubati luka aku, walaupun aku telah terluka suatu masa dahulu... kalau lah kau tahu, aku pilih kau bukan kerana ingin mengubati luka aku seperti yang kau katakan suatu masa dahulu semasa kau meluahkan isi hati kau yg kau sukakan aku pada 28 januari... aku tak perlukan belas kasihan kau, mungkin kerana kasihankan aku kau mula rapat dengan aku.... kasihan kerana aku ini kehilangan dua org yg aku syg.... hariz, aku juga pernah kecewa dgn cinta pertama aku, tp segala kenangan aku dgn dia aku telah lenyapkan apabila kau telah menjadi tunang aku.... aku lenyapkan segala2 memori, apa sahaja yg aku rasa tidak patut aku simpan aku bakar walaupun ianya berharga kepada aku pada suatu masa dahulu... tp pengorbanan yg aku buat sia2 saja.... dan kini aku betul2 kecewa dgn perbuatan kau yg mmg ada lagi bibit2 cinta kepada bekas teman wanita kau itu.... dan buktinya potrait yg telah kau lukis dia dan kau di dalam satu frem yg kau anggap sanggat berharga.... terima kasih atas segalanya.... baru aku sedar aku adalah pilihan terakhir bagi kau........."

" kalau lah baba ada..... baba, fara rindukan baba....." fara terlelap dalam kesedihan....




BERSAMBUNG~~~~ (Episod 2)