Wednesday, March 11, 2009


kenape ade manusia bodoh, yang suka menyusahkan manusia lain? mmg dh adat agaknya kot? masalah+manusia+perasaan... semua saling berkaitan diantara satu sama lain... hahaha...

tgh aku main game, telefon bimbit aku berbunyi...



" malam ini, ku sendiri

tak ada yang menemani

seperti malam-malam

yang sudah-sudah....


hati ini, selalu sepi

yang ada yang menghiasi

seperti cinta ini

yang selalu pupus


tuhan kirimkanlah aku

kekasih yang baik hati

yang mencintai aku

apa adanya....


mawar ini, semakin layu

tak ada yang memiliki

seperti aku ini

semakin pupus.....


TUHAN KIRIMKANLAH AKU...

KEKASIH YANG BAIK HATI....

YANG MENCINTAI AKU.....

APA ADANYA........ "


lagu kegemaran aku sekarang~~~ lalala

sejak 2menjak ni suka dgr lagu ni...

hahaha


BULAN SENYUM :)



Hujan,

Awan mendung,

Menangisi…

Aku yang suram.

Dalam lena,

Ku lihat ‘Dia’…

Bangun pagi,

Ku nampak ‘Dia’…

Jauh di sudut hati ini,

Ku hanya mahu kan ‘Dia’…

HANYA DIA…

Namun,

bagai mimpi…

Untuk mengapai langit,

Tak mungkin ku kecapi…

Jauh…..

Ya Allah,

Adilkah ini?

Mengapa terjadi?

Menjerit,

Jerit sekuat hati …

Sepi…

Cuma angin malam,

Menemaniku…

Malam ini,

Ku lihat langit,

Selepas hujan…

BULAN TERSENYUM…

Ingin sekali menjadi bulan,

Mungkinkah ku kan tersenyum?

Seperti bulan?

Selepas hujan?

Mampukah aku?

Hanya masa menentukan segalanya…




( ni time aku rasa diri aku LOSER... hahaha!!! 7 DECEMBER 2008)

K.O.S.O.N.G

ni aku tulis masa aku rasa diri sangat kerdil~~~ time aku hilang 2 orang yang aku sayang~~~~ tp aku tahu tuhan tu maha adil, n mesti ade hikmah disebalik kejadian.....



kehilangan…

aku terpaku…
aku kaku…
ungkapan itu,
berita itu,
aku jatuh,
aku pilu…

22 ogos,
ungkapan itu,
buat aku kaku,
24 ogos,
berita itu,
buat aku jatuh,
diri jadi tak menentu….

untuk DIA,
pergi tanpa alasan…
bingung,
aku bingung….
bingung mencari alasan…
sehingga kini
luluh…
segenap perasaan…

untuk BABA,
pergi….
ajari aku kehidupan,
ajari aku kematangan,
ajari aku erti kejayaan….
terima kasih BABA,
tidak terucap…

hanya kejayaan,

menjadi balasan….

BABA,
ketika itu…
ku jatuh…
melihatnya terbujur kaku…
menatap wajah mu…
pucat lesu…
sekeliling org melihat,
meratap sayu…
wajah emak ku lihat,
hiba, sedih, sayu
wajah akak ku lihat,
hiba, sedih, sayu
wajah abg ku lihat,
hiba, sedih, sayu….
adik ku,
kejayaannya hari itu,
di iringi pemergian NYA…

semua sama….
kelihatan KOSONG…

tiba masa,
BABA pergi…
ku tahu….
ianya tak kembali…..
pasti akan merinduinya….

hingga saat ini…

terasa KOSONG…..

nukilan : amoi_ez ( 9 september 2008 )

Lantak Korg~~~

assalam`mualaikum~~~

hahaha, lama dah aku tak menulis…

nak kata terlalu bz, tak jugak…. tp mmg sekarang ni aku membz kan diri aku utk melangkah maju ke hadapan demi mengejar cita2…. hukhukhuk…

aku chat dgn sorg kenalan lama… katanya…. WAH, AMOI SUDAH ADA CHENTA HATI SIKALANG~~~

aku pun menjawab… YG PENTING, KAWAN BAEK U BERCHENTA DULU

dia menjawab… TP TU BUKAN CHENTA HATI, TP TU SCANDAL JERK~~~

aku menjawab… ALAH, SAMA LAH JUGAK… ALASAN FAMILY PROBLEM, TP DII SENDIRI YG PROBLEM RUPANYA….

hahahah, berkata dalam hati…

syukur kepada tuhan, supaya bg aku jawapan pada 31disember 2008…. akhirnya aku dpt jawapan atas doa aku selama ni… kwn2 aku selalu ckp… ORG YG TERANIAYA, MAKBUL DOANYA…. alhamdullillah, 1JANUARI 2009, nak aku ubah segalanya… jgn pandang belakang lagi… go ez go!!!! chayokkk…. ko blh dpt yg terbaik dari tu… ko tabah… GOGOGO!!! kata aku pada diri aku….

Dan aku sgt bersyukur pada Allah s.w.t, berikan aku kekuatan, hadapi segala kemungkinan…. segala rintangan… semua tu buat aku sedar betapa kerdil nya insan yg bernama manusia di muka bumi ini…

biasa lah, kawan dia tu nk kondem aku… padahal, ‘dia’ tak hargai aku…. tinggalkan aku time aku jatuh, time aku perlukan dia… time bapak aku tenat kt hospital, sampai lah bapak aku menghembuskan nafas terakhir… ade jugak manusia yg tak ‘berperikemanusiaan’ cam gitu… yg tak boleh nk pk aku ni perlukan dia… aku ni tgh sedih, at least berlakon lah sikit… tp hakikat nya, manusia ni mudah lupa…. sampaikan bapak aku meninggal pun, call pun tidak, msg bila dh tgh malam… tp menyakitkan hati aku… nak buat ape???

aku still tunggu kot sampai lah pada suatu hari…. sedang aku ketiduran kepenatan, aku menerima satu msg dari member aku…

FAEZ, KO DH TGK TAK ‘DIA’ UPLOAD PIC PEREMPUAN TU…. AKU DH CKP DGN KO, TAPI KO TAK PERCAYA….

bila aku tgk, btl ckp kwn2 aku… selama ni, aku ingat reason dia FAMILY… tp kawan2 lelaki aku pun ckp, EZ, LELAKI KALAU BERUBAH CAM GITU, MESTI ADE PEREMPUAN LAIN….

tp masa tu aku pujuk hati aku… takkkk!!! aku tunggu n tunggu… walaupun kawan2 aku ckp, ko lupakan lah jantan keparat tuh… tp aku still tunggu coz aku tak de reason… tp akhirnya, tuhan maha adil… atas segala penantian, doa dari anak yatim yg teraniaya… akhirnya…. aku dpt jawapan atas penantian… dan kali ni aku meratap… sampaikan kawan aku yg duduk kt tingkat bawah naik ke bilik aku…. memujuk aku…. dan aku berjanji, hari tu, adalah hari terakhir aku meratap…. menangis….

dan pada hari ni, aku bersyukur kepada TUHAN, kerana menemukan aku dgn org yg menyayangiku… thanks to HIM (MR J) too, coz berada di samping aku waktu aku kesedihan… ketawa… menangis… menghiburkan aku n yg paling utama, pada family aku yg tak pernah tinggal kan aku…. tak lupa gak pada kawan2 aku yg byk bg semangat kat aku, terutama jimi, zila, farasha, fazilah (dulu masa diploma aku selalu bertekak dgn minah ni), ker, nana, ribot, muffin (kwn unisel aku yg kenal kt intenet) kid poyo, n lain2 yg ade sama aku time aku sedih…..

now, aku terus melangkah kehadapan, tanpa menoleh sikit pun kt belakang sana… kata org… hargai org yg menghargai kita… jujur tu penting dalam reationship….