Wednesday, January 11, 2012

DUGAAN DEMI DUGAAN

Lama dah x update blog ni, nk2 lepas kahwen ni... Lately selalu dtg dugaan yg x di duga... kehidupan kita ni bukanya selalunya indah, mcm dlm novel tu, tp ade pasang surutnya... entahlah, susah nk ckp kan? langit pun tak selalunya cerah, malam tidak selalunya kelihatan bintang2 yg bersinar....

Skrg ni, kandungan dh semakin sarat, yela kan, dh masuk 8bulan mau tak sarat??? 8weeks lg, n emosi pun makin lama makin menjadi sgt beremosi.... nak2 kalau suami tak faham ape yg kita nak... tp kena redha la kan kalau dpt suami yg mmg x faham n xnk faham...

tetiba terbaca satu artikal kt blog salah seorg mamat ni, sgt sweet, sbb dia x kahwen lg, tp dh mula mencari info2 yg berguna utk bakal isteri nya.... So sweettttt kan??? ni dia info yg aku baca dlm blog dia :

"Aku terbaca dalam paper utusan Malaysia mengenai ibu mengandung...ibu mengandung?? ye ibu mengandung..yelah kan time pregnant ni, suami kena lah amik berat terhadap isteri dan juga kandungan..bukan ambik berat sal makan, minum, pakaian dan macam-macam lagi lah..sang suami juga kena lah menjaga hati dan perasaan isteri..kalau suami dapat lihat perubahan emosi pada isteru tu cepat-cepat la tanye kenapa dan cuba selesaikan dengan cara yang baik, jadi pendengar yang setia dan jangan membuatkan dia bertambah sedih..kalau dia sedih akan menjejaskan emosi dan kesan nya juga akan terpalit pada kandungan..korang baca lah keratan akhbar ni ok..dan jadikan ingatan dalam melayari alam rumah tangga ...adios

Satu kajian terbaru yang diterbitkan di dalam Jurnal Paediatrik dan Perinatal Epidemiologi di Amerika Syarikat menunjukkan, kerisauan dan kemurungan (antara simptom gangguan kesihatan mental) yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan juga sistem penghadaman bayi tersebut.

Lebih teruk kesan kebimbangan atau kemurungan tersebut maka lebih serius jugalah kesan yang akan dialami oleh bayi dalam kandungan mereka.

Penemuan tersebut telah dibuktikan menerusi kajian oleh sekumpulan penyelidik iaitu Shahla M. Hosseini, Minhnoi W. Biglan, Cynthia Larkby, Maria M. Brooks, Michael B. Gorin dan Nancy L. Day.

Mereka adalah para penyelidik yang telah mengkaji tentang kaitan antara simptom-simptom kerisauan yang dialami wanita mengandung.

Kajian mereka tertumpu kepada wanita yang berpendapatan rendah yang mana separuh daripadanya berketurunan Afrika-Amerika, manakala selebihnya adalah wanita berketurunan kaukasia.

Kumpulan tersebut memang dikenali berisiko tinggi sebagai peminum arak dan ketagihan rokok.

Kajian itu menunjukkan, ibu yang dilanda kebimbangan dan kemurungan akan melahirkan bayi bersaiz kecil.

Kajian tersebut turut mengenalpasti kebimbangan yang melanda ibu pada bulan ketiga kehamilan memendekkan tempoh matang saluran penghadaman.

Manakala wanita yang dilanda kebimbangan ketika kehamilan di bulan pertama cenderung melahirkan bayi yang kurang berat dan saiz yang lebih pendek dari yang sepatutnya.

Wanita yang menghadapi tekanan dan kebimbangan ketika mengandung juga akan berhadapan dengan masalah ketika mahu bersalin.

Jadi, ibu yang sedang merancang untuk mengandung atau sedang mengandung, jangan terbawa-bawa dengan perasaan bimbang. Ia hanya akan memberi kemudaratan jangka panjang kepada anak anda apabila mereka lahir.

Sebaiknya, jika mengalami tekanan ketika hamil rujuk masalah anda kepada pakar perubatan, kaunselor atau boleh juga luahkan kepada rakan-rakan yang anda percayai.

Ingat, kesihatan bayi anda bermula dari dalam kandungan. Sekiranya bayi lahir dalam keadaan tidak sihat adakah anda mampu berhadapan dengan situasi tersebut?

Peganglah pepatah yang penuh makna ini, mencegah itu lebih baik dari mengubati."



Takot pulak aku baca mengenai keratan ni, ya allah berikan la aku ketenangan dari gangguan2 manusia yg tak berguna tu... AMIN :)

No comments: