Tuesday, June 22, 2010

selamat penganti baru anim~~~




20 june 2010, selamat pengantin baru kepada anim dan khir.... setelah penat lelah akhirnya mereka bersatu jua.... anim, jgn gaduh2, mula lah kehidupan sebagai seorang isteri.... hehehe, tp jgn lah lupa kat ez tau nim.... tp yg paling sedih pic jimi dgn ez tak de dgn pengantin.... huhuhuh....

yg paling kelakar tu, sepanjang 2mlm aku ade kt rumah si anim ni, pengantin perempuan ni tak senang duduk dibuatnye.... bygkan lah, esok nk nikah mlm kul 2pg baru nk pakai inai.... pastu kul 4 pg nk bangun dah.... ajer giler.... tak pernah dibuat org.... pastu esok nk nikah hari ni br la nk gi manja kan diri (SPA) spa cinta sari diampang.... tu pun last minute aku bertanyakan pada kawan aku INA.... mmg best giler spa ni.... dgn layanan pekerja dia, yg paling best minum air asam.... pastu yg paling sempoi, masa nikah, si anim ni buleh suruh aku bwk keta dia, dan kami berdua je gi mesjid... pastu, yg paling best sekali masa kat mesjid tu, dia kena duduk bersimpun, pastu kaki kebas.... tak senang duduk di buatnye~~~~ kahkahkahakah.... memang sempoi lah nim!!!

ramai dh kawan aku dh kahwen, dh ade anak, aku bile??? sampaikan makcik2 anim bertanya... aku sambil tersipu2 menjawab "bg anim lepas dulu, insya`allah".... pastu mak anim lak menjawab "ni kawan anim masa kat muar, cucu busu hendon, dia belajar kat shah alam, dh bertunang, dapat org hulu langgat, anak sulong tunang dia tu " kahakhakahakhakah, complete semua.... malu aku....

ape pun kepada anim dan rakan2 yg lain yg sudah mendirikan rumahtangga, selamat pengantin baru, semoga bahagia ke anak cucu.... kepada anim, cepat2 buat anak.... hahahaha, tu yg dia ckp hari tu...




Sunday, May 16, 2010

-tahniah farasha-

sampai office, aku di kejutkan dgn berita gembira oleh salah seorg kawan2 ku... byk yg call n bertanya... semua terkejut.... sorg lagi kawan aku telah melangkah ke hadapan..... happy sgt.... kisah cinta farasha mmg terlalu istimewa.... tu org tua-tua ckp, kalau dah jodoh tak kemana kan?
happy sgt.... julai ni dia akan bernikah dgn pilihan hati nya.... alhamdulillah.....

aku pula, tunggu la sedikit masa.... akan tiba.... kalau tuhan dah tulis aku kahwen esok pun, aku terima, semua telah tertulis.... semua telah di tentukan olehNYA.... kita sebagai umat yg kerdil harus menerima qada dan qadar.... sesungguhnya DIA telah memberi akal dan fikiran, rezeki yg halal, pasangan yang akan sehidup semati.... dan telah menjanjikan mati itu pasti akan dtg.... cuma kita sebagai umat di muka bumi harus bersyukur kepadaNYA, kerana di beri kesempatan untuk menikmati segala rahmatNYA..... alhamdulillah.....

pada pemikiran aku, dunia ini adalah sebuah pentas lakonan, dan kita sebagai umatnya adalah pelakon yg memainkan peranan yg penting di mana kita yg mencorakkan kehidupan kita dan peranan kita sebagai umatnya.... dan ianya di tonton olehNYA bagi menimbang kebaikan iaitu amal yg dibuat sepanjang lakonan yg kita tunjukkan (sepanjang kehidupan kita).... dan akan menimbang kejahilan, kejahatan yg telah kita lakukan. manusia tidak lepas melakukan kesalahan.... termasuk aku... ya allah ampun kan segala perbuatan aku sepanjang kehidupan aku.... ya, aku tahu bukan setakat sebutan.... kerana beribu manusia di muka bumi ini tak lari dari membuat kesalahan.... membunuh, merogol, mencuri, memfitnah, mengata, dengki, memakan harta anak yatim, rasuah dan bermacam2 lagi kesalahan yg kita dpt lihat makin menjadi..... tak kira lah besar atau kecil mana kesalahan yg kita buat kita harus lah meminta maaf kepadaNYA.... bukan hanya berkata2, tp berusaha mendapatkan keampunan dariNYA walaupun sebesar zarah sekalipun kesilapan yg di buat.... keampunan dgn mendekatkan diri kepadaNYA....

ye, manusia mmg adat mereka, jika merasa susah baru hendak mendekatkan diri kepadaNYA, termasuklah aku.... aku juga sering lupa, leka dan cuai dgn nikmat yg di berikanNYA.... Dan aku sedar ianya hanya sementara....

ape la yg aku membebelkan ni??? tp tu lah hakikat.... aku rasa mcm nk menulis je.... tu sebab aku tulis je ape yg terlintak di fikiran aku skrg ni.... hahaha..... sebab hari ni aku terasa kerdil.... sebab hari ini, dan hari semalam sama saja......

entahlah~~~~~~~

L.U.L.U.H

episod 1

Hujan turun begitu lebat membasahi bumi, seperti hancurnya hati fara. Semalam baru dia berjanji pada diri sendiri untuk lebih banyak bersabar, kerana dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya berubah dari seorang yg periang menjadi seorang yang panas baran, marah tak menentu... dia sendiri tidak tahu apakah yang sudah jadi kepada dirinya, dan mangsa marahnya adalah teman lelakinya. sesungguhnya tuhan yg lebih tahu bahawa dia tidak ada niat sikit pun hendak berkasar dengan teman lelakinya dan sudah pun menjadi tunangnya. fara keliru, kenapa dgn dirinya yg berubah menjadi seorg yg tidak seperti dulu.....

baru saja bergaduh dgn hariz semalam, hari ni terjadi lg perkara yg btl2 menguris hatinya, seperti di kelar pisau yang baru di asah... terbayang berada di rumah tunangnya itu.

"hariz, pinjam dvd buleh? bosan lah" tanya fara kepada hariz.
"boleh syg...tunggu" jawab hariz

fara hendak tumpang bilik air dan hariz meminta izin kwn serumah kerana fara hendak menggunakan bilik air di tingkat bawah. setelah itu fara duduk di sofa ruang tamu rumah hariz dan terlihat lukisan yg telah di fremkan....

"hariz, siapa yg lukis lukisan tu?" tanya fara
"hariz lah sape lg, gmbr tgh frust" jawab hariz spontan

fara tersentap bila hariz menjawab sedemikian.... hati nya mula berdetik bila perasan ada frem yg lain di belakang lukisan yang dia lihat. hati dia berkata, lukisan apakah di belakang itu, dia mula memikirkan sesuatu....

"hariz, buleh fara tgk lukisan yg lagi satu di belakang tu?" wajah hariz berubah
" ni lukisan tgh frust" jwb hariz menukar topik....
" fara nk tgk juga" jawab fara spontan
" jgn lah... "jawab hariz, tapi di bidas fara
" ada rahsia ke?" fara cuba meneka

hariz mengalihkan lukisan yang pertama, dan wajah fara serta merta berubah, tersentap, terkejut dan bermacam2 lagi yg bersarang di dalam fikirannya. fara terus meninggalkan hariz tanpa sebarang kata... hatinya hancur...

bermacam2 yg fara bayangkan, dia meluncurkan kereta yang di pandunya entah di mana.... fikiran bercelaru dan dirinya bagaikan melayang di awangan, fara terkejut kerana kereta yang dipandunya hampir2 kemalangan. dan dia memberhentikan keretanya di sebuah taman... hujan yg turun lebat tidak lagi dihiraukan, di buaian itu dia menangis sepuas hatinya...

" aku pernah suruh dia lukis potret utk aku, aku tidak mintak ape2 dari dia pada hari lahir aku, aku cuma nakkan hadiah sebuah potrait utk aku, tp sampai ke hari ini dia tidak pernah tunaikan permintaan ku.... mmg tidak di nafikan dia ada lukis lukisan aku tp semua nya bukan seperti yg aku inginkan, dia melukis aku melalui gmbr digital bukan dari nalurinya.... dia lukis gambar perempuan yg pernah disygi sepenuh hati, dengan tangannya sendiri secara manual... dan aku? siapakah aku di hati dia? mungkin sebahagian daripada kenangan lama, mungkin kerana hendak mengubat hati yg luka, mungkin kerana suka2, dan byk kemungkinan.... dan yang paling menyedihkan aku adalah TUNANG dia.... dan tiada apa2 keistimewaan yang ada pada aku pada matanya mungkin..... sedangkan gambar itu dia lukis selepas perempuan itu meninggalkan dia... selepas perempuan itu menyakiti hatinya, meninggalkan dia semasa dalam kesusahan, kesempitan menurut cerita hariz yg lepas. ya, mungkin dia akan melukis apabila aku sudah tiada di sisinya. pada masa itu aku dan dia sudah tidak bersama... dan paling menyedihkan lagi selepas beberapa bulan teman wanita hariz meninggalkannya, dia telah mengenali perempuan lain menurut ceritanya lagi, perempuan itu adalah salah seorg tempat dia membalas dendam..... jd, di manakah tempat aku pada dirinya??? aku hanya tempat dia melupakan kisah silamnya..." fara berkata di dalam hati nya di ikuti sedu sedan di dalam hujan dan tubuhnya sudah basah lencun.

" u ni buta ke ape?" kata hariz kepada fara

tersentap fara mendengar kata2 hariz... mmg aku buta, kalau ko nk aku buta, aku akan butakan mata aku untuk tidak memikirkan untuk hidup bersama kau! kalau aku buta, aku tak kan nampak lukisan kau yg kau lukis kerana naluri kau yg mengatakan kau syg perempuan itu! dan mula hari ini, aku akan buta kan hati aku, buta kan mata aku dan butakan segala2nya... kau ingat aku tak ada perasaan... tak mengapa, aku pun dh byk menyusahkan kau dan kali ni aku takkan menyusahkan kau, dan aku berjanji aku takkan ambil tahu lagi urusan kau. itu yg kau mahukan dari aku kan?

fara menangis lagi, dan melangkah dgn longlai menuju ke pintu kereta dan memandu laju meninggalkan taman itu... sampai di halaman rumah lama dia berada di dalam kereta... jiwanya KOSONG... dirinya bagai melayang entah ke mana, namum air matanya tidak putus2 mengalir walaupun sesaat mahupun sedetik.... hati nya hancur....

fara melangkah masuk ke biliknya dan terus membuka komputer ribanya, lama termenung dia seperti menulis sesuatu di dalam komputer ribanya dgn air mata yg makin lama makin laju mengalir tanpa henti.

fara membuka peti sejuk mini yg berada didalam biliknya dan mengeluarkan ubat batuk yg kini menjadi teman akrabnya ketika dia sedih.... fara meneguk separuh daripada botol ubat batuk itu dan terbaring di atas katilnya....

" baba, maaf kalau anak baba jd mcm ni, mesti baba kecewa kan baba" perlahan fara berkata seperti berbisik....

" hariz kau tak tahu betapa aku syg kau, aku terlalu sygkan kau, sehingga kau tak nampak pengorbanan aku, aku telah yakinkan kepada seluruh keluarga ku yg engkau adalah pilihan yg tepat untuk aku... dan aku tahu kekurangan aku seperti kau katakan semalam, aku sedar siapa diri aku, diri aku hanya sekadar tempat kau mengubati luka lama kau... tempat kau hilangkan rasa sedih kau kerana perempuan yg telah melukakan hati kau! dan aku, aku tak pernah terfikir untuk mengubati luka aku, walaupun aku telah terluka suatu masa dahulu... kalau lah kau tahu, aku pilih kau bukan kerana ingin mengubati luka aku seperti yang kau katakan suatu masa dahulu semasa kau meluahkan isi hati kau yg kau sukakan aku pada 28 januari... aku tak perlukan belas kasihan kau, mungkin kerana kasihankan aku kau mula rapat dengan aku.... kasihan kerana aku ini kehilangan dua org yg aku syg.... hariz, aku juga pernah kecewa dgn cinta pertama aku, tp segala kenangan aku dgn dia aku telah lenyapkan apabila kau telah menjadi tunang aku.... aku lenyapkan segala2 memori, apa sahaja yg aku rasa tidak patut aku simpan aku bakar walaupun ianya berharga kepada aku pada suatu masa dahulu... tp pengorbanan yg aku buat sia2 saja.... dan kini aku betul2 kecewa dgn perbuatan kau yg mmg ada lagi bibit2 cinta kepada bekas teman wanita kau itu.... dan buktinya potrait yg telah kau lukis dia dan kau di dalam satu frem yg kau anggap sanggat berharga.... terima kasih atas segalanya.... baru aku sedar aku adalah pilihan terakhir bagi kau........."

" kalau lah baba ada..... baba, fara rindukan baba....." fara terlelap dalam kesedihan....




BERSAMBUNG~~~~ (Episod 2)

Friday, April 30, 2010

happy birthday abah!!!

30-4-2010 = 64 tahun..... untuk allahyaham Othman bin Tambi, semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana.... hari ulangtahun abah aku hari ni... niat apply cuti hari ni nk balik kg, nk pergi kubur, tp tak kesampaian.... di atas sebab2 tertentu... yg dpt aku ucapkan, selamat hari ulangtahun abah! dan hadiah yg paling bermakna untuk abab AL-FATIHAH.... sebenarnya dari smlm mmg nk tulis blog ni, tp aku tunggu 30-4-2010 =11.59pm.... iaitu sebelum 1 may 2010.... tp tadi tak sempat nk sampai ke rumah, sbb jalan jem.... sebab aku tunggu masa tu sebab aku nk jadi org terakhir yg ingat n ucapkan kepada arwah abah aku... sbb biasanya org yg terakhir akan di ingati.... mcm bercinta gak, last2 org yg terakhir akan di kahwini....

diam tak diam, dh dekat 2 tahun abah meninggalkan aku.... mcm br semalam aku berborak2 dengan abah kt depan rumah, sambil dia menghisap rokok dunhill dia dengan kerusi malas dia. mcm br semalam aku lihat abah terlantar sakit, dan seperti baru semlm aku melihat sekubur kaku abah meninggalkan kami sekeluarga dan bersemadi dengan damainya....

sesungguhnya, kehilangan abah bagai tamparan hebat utk aku dan juga keluarga... bygkan org yg paling kita syg tinggalkan kita... sedangkan org yg hidup di tinggalkan bagai mana rasanya, inikan di tinggal selama2 nya. masa tu aku tahu menangis air mata darah sekalipun, masa tak buleh di putar balik.... ya allah, aku mmg rindu sgt dgn abah....

kadang2 tu, tgh aku happy, teringat je kat abah mood aku bertukar... tgh bwk keta, tetiba teringat kat abah aku menangis... alangkah baiknya kalau abah ada di sisi aku... sebab abah segala2 nya bagi aku... dia faham aku.... sekarang ni, hari2 aku kosong.... dulu time abah sihat, hari2 call aku.... tanya, mcm mana belajar? duit cukup tak? dah makan ke blom? kalau tak sihat pergi klinik.... tp sekarang, sape yg nk tanya aku??? emak? ya, emak akan menelefon aku dan dia hanya berkata "saja nk dgr suara".... aku tahu mak aku merindui aku.... hehehehe, sbb aku anak yg paling nakal antara adik beradik kot??? hehehe

selalu nya time2 mcm ni, mmg tak de ape2 celebration... kalau ade pun abah ajak makan je... jarang la jugak sbb abah mmg tak buleh tinggal kan anak murid dia... mengajar siang malam.... sbb tu satu muar kenal abah aku ni... sape tak kenal "cikgu othman tambi" semua kenal kalau kt mana je.... sampaikan ade satu hari tu, aku gi report kt balai polis wangsa maju, kl, pasal nama aku org pakai utk creadit card, ade sorg makcik ni pun nk buat report.... borak punya borak, dia pun org muar... dia tanya aku duduk belah mana, aku cuba duga dia, "Mak cik kenal tak othman tambi?" then dia jawab, "ya, cikgu othman tambi" semua anak2 makcik belajar dgn dia... aku pun jawab " tu bapak saya " terus makcik tu peluk aku.... dia terkejut bapak aku dah meninggal dunia... dia menangis... bukan dia sorg je, tp ramai lagi org yg jumpa aku akan berkeadaan mcm tu..... hahaha, mmg popular btl abah aku sapa tak kenal???

sedihkan bila tetiba teringat aku adalah anak yatim, mmg byk dugaan yg dtg.... tp kena hadapi dgn tenang dan tabah (walaupun kadang2 aku ni mengamuk gak)..... entah lah....

rindu btl kt arwah bapak aku.... abah, selamat ulang tahun yg ke 64 tahun.... ez doakan abah tenang di sana.... ez takkan lupa doakan dan sedekahkan ALFATIHAH untuk abah setiap hari....

abah......... ez btl2 rindu kan abah................ :_(




yang benar,



faezah binti othman (anak abah)

Wednesday, April 21, 2010

by J.i.M.i



belek2 external hardisk aku, tgk2 pic lama2, zaman muda-muda dulu tetiba aku ternampak pic yg jimi lukis masa aku bwk keta. dia duduk sebelah dgn buku sketch dia.... ntah biler entah dia lukis... bila aku suruh dia lukis, dia tak lukis, bila tak suruh lukis, dia lukis lakkk... angin je aku.... hahaha, angin-angin pun, dh pun jd tunang aku.... to jimi, thanks for everyhing.... hari tu masa gi klia nk hantar abg aku balik jepun, sekali lagi aku mengamuk.... sbb nye aku dgn jimi je tahu.... sampai 2-2 terdiam... tetiba telefon berbunyi, ade msg.... entah msg ape2 ntah nk berkenalan.... aku call rasa nk maki, tp aku tahan je. ckp baik2.... dia kata nk berkenalan kalau sudi ALAHAMDULILLAH.... entah mamat jiwang mana entah??? huhuhu.... lantak ko lah, malas aku nk layan.... sekali lg dia call aku, aku nk maki je, lantak lah....

bosan tol hari ni, bz.... baru ade masa nk mengblog kan page aku ni.... bosan pun ade... hari balik lambat lg ler gamaknya sbb nk siapkan keje yg tertangguh... next week nk kena kluar buat marketing.... mmg memenatkan tenaga dan otak, dan tak lupa gak mulut sbb nk kena bg penerangan kepada org tentang perkhidmatan yang di tawarkan oleh company aku ni.... hari2 nk kena terangkan apekah perkhidmatan yg di sediakan.... dgn account lagi... pening kepala aku...

sambung balik pasal lukisan ni, bila tgk tunang aku lukis, teringin nk melukis, tp tak de bakat pun... dulu subjek pendidikan seni mmg aku suka masa tu zaman sekolah, lama dh.... aku n the geng mmg popular kt sekolah dulu.... sbb kalau ade mural nk colour nk lukis, mesti cikgu fatima tu cari aku.....

" eza, nanti bawak kawan2 hari ahad, kita buat mural kt library"

huhuhu, baru pas meeting, kena buat flyers design.... huh, ingat aku ni designer ker??? buat marketing aku, account aku, follow payment aku, ape lg??? tension lah wehhhh..... next week dh start kluar melawat klinik by klinik. handle free seminar semua.... then nk kena remind kt NR FAN utk promotion..... bosan tollll....weekend ni nk kena mintak tolong jimi ajar aku buat flyers... ahhhh, tak kira, kena ajar gak!!! bila lah dpt buat bisness sendiri agaknya??? dgn suasana office yg tak memberangsangkan.... aku je yg happening (aku rasa lah) sebab kalau aku tak de kat office tu, si azie (budak sebelah aku) ckp suram je, bosan~~~ hehehehe... aku ni ade je byk cerita... dia kata bukan aku yg kata~~~ tensionnnn!!!! dah lah, nk pergi minum air panas kt kopitiam.... tension btl~~~ benciiii!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 20, 2010

L.a.P.a.R


tgk, smlm aku dgn kawan2 office aku makan benda ni~~~ balik terasa kenyang n terus tido.... mula2 ambik 2 bakul, lepas tu tambah lagi satu, lepas tu tambah lagi.... semua sekali 4 bakul makan 3 org.... hahaha, yg kelakar masa nk byr tu, abg tu senyum2 tanya:

"3 bakul erk?"

sambil senyum sipu, kami menjawab serentak :

" 4bakul la bang!"

terkedu abg tu mengira.... yela, 1 bakul pun dh besar.... bukan mcm kerang tempat lain kecik2.... memang giler best!!! puas!!!

balik rumah terus tido~~~ hr ni bangun lambat~~~ bangun pagi muka rasa tak best.... muka tumbuh ruam... agaknye makan kerang byk sgt kot smlm.... tgk hp ade 2 miss call dari tunang aku.... lupa nk call dia mlm td.... hahaha

Sunday, April 18, 2010

weekend yg best!!!


malam hari pulak, plan nk gi makan briani kambing kt ampang... so, lepas solat maghrib kitaorg pun bersiap.... yaya bertudung~~~ hehehe, nk pi makan briani kambing kt kedai arab, then pakai tudung lak.... hehehe, dia ckp "comel tak yaya?" hahaha, mmg comel giler.... hehehe

erk, ade pic ptg lak.... hahaha, ni masa ptg lepas jmpt akak aku kt klcc cari laptop... yaya tido, n bila bangun dia ckp
"daddy, yaya lapar laaa... nk makan"
abg aku lak jawab "aida nk makan ape "
...... "ice cream!!!" hahaha.....
tgk, muka bgn tido, makan dengan bersungguh-sungguh... hahaha, kelaka tgk gelagat dia.... tgk rambut dia.... hahaha


ni lah kedai AL-RAWSHA yang popular dgn briani kambing dgn kebab kambing.... wow.... mmg best giler nak mampos!




gelagat yaya yang tak kering gusi bila tgk... ade je aksi dia... buat muka lah tu.... hahaha.....




peace memanjang~~~





hah, ini dia briani kambing yg sanggat lazat.... menyelerakan... abg aku dh pergi byk kali, btw aku br first time tiba.... plan dh byk kali dgn kawan2, n asyik tak jd je.... hahaha... masa mula2 tiba aku tak berani makan sbb sakit perut.... pening.... last2 mak aku order kan kebab kambing.... tp bila makanan sampai.... peerrrgggghhhhh!!!!! tak tahan tgk kambing atas nasi~~~ kahkahkah.... ape lagi, balun lah!!!




ni pic aku dgn nenek aku.... nenek aku ni tak pernah nk makan kambing seumur hidup dia aku hidup 27tahun pun dia tak pernah usik kambing.... tp bila abg aku balik kali ni, n bila kt kedai ni, dia dh buleh makan kambing... magic.... hahaha...... kena lak roti ntah ape ntah dgn kuah dal blander~~~ wowowo~~~ kebetulan anak makcik aku aqif dia balik weekend dari asrama sbb esok ade anugerah pelajar cemerlang.... celebrate sekali kot...



ni family auntie aku.... lalala~~~ semua licin.... mmg sedap giler~~~







semua nampak kenyang~~~ hahaha

perghhhhhhhhhhhhh, licin terus.... ingatkan masa makanan sampai mmg tak habis.... tp mmg habis.... hahaha........
happy sebenarnya dpt berkumpul sekali sekala makan sama, pergi jalan2 dgn family... jarang dpt berkumpul mcm ni.... tgk briani kambing teringat arwah bapak aku.... dia mmg suka giler briani kambing.... kalau jumpa je briani kambing mesti cari.... dulu pun aku tak berani sgt nk makan kambing, tp now selalu pekena kambing.... kalau tak briani kambing, mest lamb chop.... hahaha, mmg best giler... pasti kepala ting tong.... mabuk kambing.... ade ke mabuk kambing? huhuhu.... tgk muka yaya (anak sedara aku yg tudung merah putih tu), muka puas makan briani...
masa ni dia blh ckp "daddy, yaya dh ngantok laaa" hahahhaha....
bila tiba rumah dia tak ngantok lak.... semua org tido dia sibuk nk main game....
"auntie ez, yaya nk main game"
last2, dia suruh aku yg main game n dia tgk kt sebelah.... kul 2 pg br dia tido....
masa tu dia buleh dtg kat aku before dia tido, dia bisik kat aku
" auntie ez, daddy bunyi ape??? "
aku tanya dia balik bunyi ape....
"daddy tido bunyi harimau" hahaha....
last2 dia ambil tempat kt sebelah abg aku dia baring dia ckp
"daddy, yaya nk peluk" heheheh .......comellll~~~
mesti aku rindu kat dia.... lagi setahun br dpt jumpa~~~ huhuhu....
ok, aku nk siap2 nk gi ampnag then lepas maghrib aku nk pi klia hantar abg n yaya balik jepun~~~ :_(